Friday, 3 August 2012

Berbuka puasa dengan kawan kawan =]

 Assalamualaikum =]
Alhamdullilah, hari ni dah masuk hari puasa yang ke 14. Apamacam? Uols puasa penuh tak? Kalau ya, tepukan gemuruh untuk anda. Kalau tak,  Nina taknak bagi duit raya (cewah, puasa tak abes lagi nak cerita pasal duit raya)
Okeyy, hari ni Nina keluar berbuka puasa ngan kawan kawan sekolah dekat Macdonalds, Jusco Taman U. Suasana memang meriah , memang ceria maybe sebab perangai kawan kawan yang mcam kanak kanak ribena. Kanak kanak? padahal, dah jejak 13 tahun ni. Layak digelar remaja sepatutnya.
Balik sekolah tadi pukul 5:30, sampai rumah dalam 5:45. Memang tergesa gesa mandi and bersiap siap, takut terlambat smpai ke destinasi. Tepat pukul 6:25 gitu, Iris, Nina and Alia naik kereta on the way ke Jusco. VROOOOMMMM !! (sound effects terlebih over ni ) Hehe, sempat jugak dgar lagu Thousand Miles and SIngle ladies. "Im a single ladies, I'm a single ladies, you put your hands up! oh oh oh oh" semangat betul nyanyi , rasanya dah boleh penyanyi ni (perasan) Tgah feeling nyanyi tu, Badrul call. Kacau line tul laa XD
Dia cakap semua dah sampai. Perghh, cepat betul dah smpai. Guna ilmu apa tu? Teleport? maybe?
 
Smpai je , pizza hut penuh. cpat cpat lari pergi MCD. Nseb ada tempat , kalau tak berbuka la kitaorang =.=


Hihi, me , Ally, Iris and Bad duduk semeja. Bila tengok semua orang mula baca doa buka puasa. Kitaorng pun mula makan, Alia sorang je makan chicken foldover. Well the rest makan burger. Habis makan, macam biasalaa, berlari lari anak ke surau untuk menunaikan solat teraw... eh? maghrib! 

Cik Puan Alia suggest nak pergi MPH, nak tgok tgok buku yang latest. Masa nak perg MPH tu boleh ter-stuck dekat bahagian baju pulak. Mulalaahh, comment baju baju yg tergantung kat situ. Memang lawa, tergoda hati nak membeli... tapi memandangkan harga baju tu pun amatlah cantik, kitaorng mula cpat cpat tnggalkan bahagian baju tu and terus serang MPH! 


Tengah bergambar pstu assistant MPH tu tegur la kitaorang "Dik, takley bergambar kat sini".  Husih, malumalu =.=  mampu tersengih cam kerang busuk jela. Kaver macho XD

Anyway, Nina terlumpa 3 wanita melayu yang teramat jelita, comel dan cantik :D
Nama dia Helen, Izzah and Akma. Mintak bergambar, diaorang terus setuju. Sporting betul. selalunye mengambil masa berjam jam untuk convince orang untuk bergambar. Penat tau 
 Yang comel berbaju polka dot tu Izzah =] Yang cantik berbaju plain tu Akma. and Lastly, gadis gorgeous berbaju petakpetak tu Helen =D Dyeorang memang peramah, tak susah pun nak berbual ngan diaorang padahal baru pertama kali berjumpa :D

Perut lapar mintak diisi, walaupun sudah diisi masa berbuka tadi. Memang perut ni ngadangada. Time tulaa, nak berbunyi cam trumpet =.=  Sebelum nak turun makan dekat Food court, Alia and Iris insist nak beli Cool Blog. Dah lama diaorang dah minum air tu lagipun. Terserempak lagi ngan 3  perempuan tu. Ada sembang sket sket sementara tnggu air nak ready. Air siap je , kteorng terus turun bawah dekat food court...mula terjah makanan yg tersembunyi dalam kotak McD tu. Ada nugget and french fries, makan nugget sket je terus kenyang (aik..tadi lapar sangat) Again, terserempak ngan 3 perempuan tu lagi :O Diaorang follow kitaorang eaa?? (perasaaannnn!!)



Penguin out ! Hope you guys enjoy reading :)

Saturday, 14 April 2012

Pertandingan Kawad Kaki :)

Assalamualaikum ^__^

cat, cute, kawaii, kitty

Pagi tadi ada pertandingan kawad kaki. alhamdullilah tak hujan, kalau tidak mesti kena tangguh lagi. And bertambah tambahla gelap kulit nina. Tadi kan,Ahli pengakap semua dah datang practise pukul 5:30,tapi nina...? masih tidur dibuai mimpi, tulaa..ibu suruh tidur awal, nina degil, mata still nak menghadap komputer. pastu bangun lambat.
panic sangat bila tengok byak missed call and voice mailbox. Tenang sikit, bila dapat call dari (identiti dirahsiakan). 
Sampai je dekat sekolah, semua ahli pengakap pandang je nina, maklumlaa, nina kan terlebih awal. Nina pun apa lagi cpat cpat buat muka tak bersalah and terus masuk baris.
Pukul 10.30 gitula, tak sure.Turn ahli pengakap kena buat persembahan, semua ahli nmpak bersemangat and begitu confident. masa buat kawad kaki basic tu, alhamdullilah semua okay. tapi bila nak buat formasi, nina perasan tali kasut nina dah terlerai , time ni pulaklah, tali tu nak meragam. Yang malunye, waktu buat formasi tu boleh terpijak tali tu and hampir nak jatuh, harap takde siapa record. Kalau tak forever la nina kena tanggung malu ney -.-.
Bila abes kawad, ahli pengakap msuk satu kelas ni. ktaorng makan makan, ada yg tngkap gmbar. and kebanyakan dyeorng layan phone termasuklah nina.
Tan Min cakap kalau kitaorng dapat tempat dalam pertandingan kawad tu, dye nak belanja makan. Iris awal awal lagi dah protes taknak makanan dari kantin. XD
Ramai cadangkan pizza hut, KFC, MCdonalds etc. Nina layan je ~ 
bila dah abes rehat, cikgu panggil pergi kat tapak perhimpunan untuk umumkan pemenang. Nina tgok luar , matahari dah tegak. nmpak gaya kena berjemur la. lepas cikgu bagi ucapan panjang lebar tu, cikgu umumkan pemenangnye.untuk sesi pagi
#1= St. john
#2= Puteri Islam
#3= Kadet polis

untuk sesi petang 
#1=St.john
#2=BSMM
#3= Pengakap
 St john dapat semua anugerah , #jelly
anyway.A big congratulations to all :)
Bila dapat tau pengakap dapat tempat. kitaorng sume senyum sinis kat Tan Min. MWAHAHAHAHA
tak sabar nak kena belanja neyy , :D
bye, *tepuk sinchan* ^^

K



Friday, 27 January 2012

Happy Chinese New Year

Hye peeps !
first of all, happy chinese new year readers :). yang kawan kawan Nina, naik sekolah nanti, sila hulurkan ang pau tau.

Lawa betul Fireworks masa raya cina ni,siap ada lanterns lagi.








SOrry, gambar tak berapa lawa. I'm just an amature photographer ^__^

oh. ni lanterns dye. tapi kecik je