Wednesday 14 November 2012

CONTEST : I choose to wear hijab!

Assalamualaikum =]



Pada detik tengah malam di mana manusia lain sedang bermimpi yang indah indah , Nina menjadi burung hantu yang setia membaca update update blog. Skali, Nina ternmpak banner contest ni. Memang menarik, sebab tu Nina decide nak enter this contest :)
Ni first time Nina masuk pertandingan dalam blog, so Nina tak mengharapkan apa apa pun. Just nak tambah pengalaman ^__^ 


anyway, ni gambar yang Nina nak pertaruhkan =]
.
.
.

Hope you guys enjoy, teehee ! 

Thursday 6 September 2012

Goodbye, Dear beloved teacher :'(

Assalamualaikum,
Tadi dekat sekolah, kelas Nina ada buat 'Suprise Party' untuk guru kelas Nina yang akan pindah dekat Sarawak pada hari Sabtu. Dia cakap dia akan pindah balik dekat SMKTMR (Yes!) tapi 5 atau 6 tahun akan datang =.=  (alaaaaaaa!).Rasanya tahun tu Nina dah masuk U kut (Insyallah)

Bunga khas untuk Cikgu Ain =] 


Kitaorang order makanan dekat kantin je, Nasi Ayam. Tapi air gas tu ada orang sponsor la X)
Makanan sedap, sekejap je kitaorang dah licinkan pinggan, tapi Cikgu Ain tak makan byak sangat , dia kata dia sedih nak tinggalkan SMKTMR =[


tak ketinggalan jugak nak bergambar dengan cikgu =]


And my awesome classmates :*


Yingyu and HuiWen comellllll sangaaatttt!!! >____<

Cikgu Ain, Nina harap cikgu tak lupakan 1RK1 walaupun kelas kami digelar 'pasif'. Nina harap cikgu sentiasa ceria and seronok dekat sekolah baru nanti. Nina minta maaf kalau ada menyakitkan hati cikgu semasa cikgu mengajar dan mnta cikgu halalkan semua pelajaran yg cikgu ajar =] 

I hope you guys enjoy reading my blog, Nina out!










Thursday 30 August 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012


Assalamualaikum *senyum simpul* :D!
budak puasa penuh mahu berceloteh ni !

Mintak maaf ye, sepatutnya blog ini diupdate masa cuti seminggu yang lepas, namun akibat kemalasan Nina, tertangguh la jawapannya. Hehe ^__^


Pertama sekali, Nina nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Nina nak minta dari hujung tudung hingga ke hujung kasut. Maafkan Nina ye? Maklumlaa, Nina adalah seorang manusia yang tidak sempurna serta banyak melakukan banyak kesalahan. 

Hari ni, Nina nak cerita sedikit sebanyak pasal aktiviti yang Nina buat semasa raya. Terus terang, Nina tak tolong Opah kat dapur untuk masak, tapi tolong makan masakan Opah adelaa, Opah masak sedap! Kalah Sedap Corner. Hehe, Ni bukan contoh cucu mithali. (Sila jangan ikut perangai Nina ya ! )
Malam sebelum raya, Nina ada kat KL (kampung ibu). Nina memang tak boleh tidur, taktaulaa sebab apa. Maybe eksaited nak raya kut, or bak kata orang tua- tua  ada orang teringatkan kita (ada ea pepatah tu?). Nak kejut abang, tapi takut tapak saiz lapan abng tu melekat kat pipi Nina. So terpaksa laa tutup mata. Pura pura tidur. Ermm, rasanya dua jam lelap mata tapi tak tertidur jugak. Pastu boleh pulak dengar dua makhluk tuhan ni bergosip. Dengar laa "kakak..soksek soksek...kakak...soksek soksek..." Hamboi ! sedap je ngumpat Nina tengah malamni ea?. Nina apa lagi, terbangun terus. Abang ngan adik yang tengah lincah bergosip terkejut tengok Nina dah terbangun, apa lagi? dyeorng cepatcepat cover. Hahaha, tau takut X)

Pagi Aidilfitri, Nina mandi sunat aidilfitri. Ibu marah Nina guna tandas lama sangat. (maaf ye ibu, rumah opah takde heater, Akak dalam tandas tu setengah jam bagi semangat kat badan untuk terima air sejuk, 5 minit lagi mandisabuncepatcepat!)
Hehe, tahun ni Nina pakai baju warna purple. Memang tak secomel macam orang yang pakai baju raya warna emas tahun ni (terasa ke? memang awk la orang nye! ) =]



Gmbar raya pertama.. sorry tak banyak sangat gambar sbab photgrapher dia tak berhenti makan. Kan Nina ckap, Opah masak sedap!
 

Selesai beraya kat rumah opah, kita serbu rumah andak pulak! Hoho, tangan kanan capai kuih raya, tangan kiri lak ubah channel TV.  Eh! eh! ada cerita Doraemon la ! Tapi apakah daya,  ayah rampas remote, pstu tukar cerita yg ada kaitan ngan raya. Konon nak protes, pergi naik tngkat atas layan cerita Otroman kat tab. Lagi best =3

Raya kedua pulak, agak meriah sedikit, sebab ramai sedara daripada Terengganu datang :D !
At the same time Birthday mama (Andak) pun pada tarikh yang sama. Apa lagi? Terjah Secret Recipe beli Cheesecake ! :)


Raya ketiga, Nina mula mengatur langkah meninggalkan KL untuk beraya di Batu Pahat. Tapi pagi tu sempat jugaklaa, makan breakfast kat MCD dengan cousin cousin Nina yang teramat comel itu :D !


Raya ketiga, sampai kat Batu Pahat je , dapat tau Cousin Nina akan balik keesokan harinya..:( Hampanya !! rasanya tak sampai 24 jam pun dapat jumpa diaorang. Sebab tak sempat nak bergambar, Nina just ambek gmbar raya diaorang dari FB je. =)

Hope you guys enjoy reading my blog, Penguin out ! :)
Eid Mubarak =3